Mengapa Perlu Buat Wasiat
Walaupun Ada Hukum Faraid?
Perhatian: Ramai orang Islam menyangka bahawa apabila mereka meninggal dunia, harta akan terus diagihkan kepada waris mengikut hukum Faraid. Namun hakikatnya, proses ini tidak semudah itu.
Kenyataan Sebenar
Sebenarnya, selepas seseorang itu meninggal dunia, waris perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka terlebih dahulu sebelum agihan mengikut Faraid boleh dilakukan.
Proses Pengurusan Harta Pusaka Islam
Di Malaysia, proses ini terbahagi kepada dua aspek penting:
1. Pentadbiran Harta Pusaka
- Permohonan dan dokumen
- Pelantikan pentadbir
- Perbicaraan (jika perlu)
- Tanpa proses ini, harta tidak boleh diagihkan walaupun waris sudah ada.
2. Pengagihan Harta Pusaka
Setelah pentadbiran selesai, barulah harta boleh diagihkan:
Mengikut
hukum Faraid
Sebagaimana dalam Wasiat
Apakah Peranan Wasiat?
Wasiat memainkan peranan penting dalam memudahkan pengurusan harta pusaka
Memudahkan Proses
Melantik pentadbir (executor) tanpa perlu proses panjang.
Mengurangkan masa pentadbiranMenjelaskan Niat
Peruntukan untuk bukan waris, sedekah, hutang atau amanah.
Mewujudkan ketelusanMengelakkan Konflik
Arahan jelas mengelakkan perebutan harta antara waris.
Mewujudkan keharmonianINGAT!
Hukum Faraid hanya terpakai untuk PENGAGIHAN harta, bukan PENTADBIRAN. Tanpa pentadbiran yang sah, Faraid tidak boleh dijalankan.
"JANGAN TUNGGU ESOK UNTUK MERANCANG.
WASIAT ANDA, MASA DEPAN MEREKA"
Mula Sekarang →
Bagaimana Proses Pengagihan Harta Pusaka?
Perbandingan proses dengan dan tanpa wasiat
Tanpa Wasiat / Wasiat Tidak Lengkap Proses Panjang
Aset Beku
- Mencari/Melantik Pentadbir
Permohonan Dokumen
- Surat Kuasa Mentadbir & Sijil Faraid
- Persetujuan bertulis dari semua waris
Pentadbir Dilantik
- Permohonan untuk melantik 2 Penjamin (Bon Pentadbiran)
Surat Kuasa Diperoleh
- Aset dicairkan
Tempoh Proses:
6-24 Bulan (Bergantung pada kes)
Berwasiat Proses Ringkas
Aset Beku
- Permohonan untuk Probet & Sijil Faraid
- Wasi (Executor) dilantik dalam wasiat
Probet Diperoleh
- Aset dicairkan
Tempoh Proses:
3-6 Bulan Sahaja
Kelebihan Berwasiat:
- Proses lebih pantas
- Tiada perlantikan pentadbir tambahan
- Tiada keperluan bon pentadbiran
- Kurang perselisihan antara waris